February 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

Written by News Team

PULAU PINANGMalam Sekalung Jasa, Sejambak Kenangan untuk meraikan persaraan Tuan Haji Ramli bin Din, Pengarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang anjuran KEBS dan Jawatankuasa Persaraan telah berlangsung dengan meriahnya pada 16 Januari 2015 di Cinta Sayang Golf & Country Resort, Sungai Petani, Kedah.

Malam itu dimulakan dengan perarakan masuk Tuan Haji Ramli bin Din dan keluarga ke dalam dewan diiringi dendang muzik Ghazal Parti. Dalam ucapan aluan, En. Azmal b. Baharom, Presiden KEBS melahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih warga KMPP atas jasa-jasa Tuan Haji Ramli bin Din. Tuan Haji Mohd. Yusof b. Samad, Timbalan Pengarah KMPP menzahirkan kekaguman beliau akan sifat kepimpinan Tuan Haji Ramli bin Din yang sanggup memikul kesalahan kakitangan beliau. Beliau juga juga menyatakan bahawa Tuan Haji Ramli bin Din, seorang yang sangat bertanggungjawab dengan memastikan setiap tugas atau tanggungjawab yang diberikan diselesaikan. Tuan Haji Ramli bin Din dalam ucapannya pula merakamkan ucapan terima kasih kepada warga KMPP atas kerjasama yang diberikan sepanjang beliau memimpin KMPP. Beliau yang akan menunaikan umrah selepas persaraan berjanji akan mendoakan kesejahteraan dan kecemerlangan KMPP. Penyampaian cenderamata warga KMPP kepada Tuan Haji Ramli bin Din telah disempurnakan oleh En. Azmal b. Baharom, Presiden KEBS.

Semasa menjamu selera, warga KMPP dihiburkan dengan pelbagai lagu oleh kumpulan Ghazal Parti Fajar Irama yang didatangkan khas dari Negeri Perak dan pelajar KMPP. Tuan Haji Ramli bin Din sendiri telah menghiburkan warga KMPP dengan lagu ‘Permata’ yang dipopularkan oleh kumpulan Kopratasa. Malam Sekalung Jasa, Sejambak Kenangan dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah. Pelbagai hadiah cabutan bertuah disediakan seperti hamper, microwave, danLCD TV. Tuan Haji Ramli bin Din berjaya membawa pulang LCD TV apabila namanya terpilih dalam cabutan bertuah.

Berita: En.Azizan bin Saari
Jurufoto: Pn.Mazlina Ahmad

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 16 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamMalam Sekalung Jasa, Sejambak Kenangan
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.