Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat.
PULAU PINANG: Sambutan hari kemerdekaan peringkat Kolej Matrikulasi Pulau PInang (KMPP) telah diadakan dengan jayanya pada 3hb september 2014 (Rabu) bertemakan "Di sini lahirnya sebuah cinta" bertempat di Dataran Pelajar KMPP.
Acara sambutan ini dihadiri oleh semua warga KMPP. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Kebangsaan Negeri Pulau Pinang dan lagu rasmi Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Perhimpunan ini disemarakkan dengan pertandingan mendeklamasikan sajak, pertandingan pidato dan pertandingan koir yang disertai oleh pelajar KMPP. Ucapan sempena kemerdekaan oleh Tuan Pengarah KMPP turut menaikkan semangat. Acara berakhir pada pukul 9.30 pagi.
Persembahan nyanyian daripada kumpulan Koir.
Juri-juri yang mengadili persembahan pelajar
We have 19 guests and no members online
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |