February 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

Written by News Team


PULAU PINANG - Sambutan Hari Guru Peringkat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang 2014 telah berlangsung dengan meriahnya pada 25 Jun  2014 yang lalu di Dataran Pelajar untuk meraikan warga pendidik KMPP.

Dataran Pelajar KMPP bergempita dengan tepukan para pelajar apabila para pensyarah yang diketuai oleh Tn. Hj. Ramli bin Din, Pengarah KMPP diarak masuk. Sepanjang perarakan juga , para pendidik KMPP ditaburkan dengan bunga rampai.

Dalam majlis tersebut, wakil pelajar saudara Mohamad Syazwan Bin Ibrahim YDP JPP KMPP dalam ucapannya menzahirkan perasaan terharu dan terima kasih kepada pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar tanpa jemu kepada mereka selama ini. Tn. Hj. Ramli bin Din, Pengarah KMPP dalam ucapan beliau, dengan nada yang sederahana tetapi bermakna, beliau  banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar berdasarkan pengalaman beliau sebagai pendidik. Beliau juga menyatakan bahawa sambutan hari guru pada hari itu adalah sambutan hari guru yang terakhir untuk beliau kerana belaiu akan bersara pada awal tahun hadapan. Beliau juga meminta semua pensyarah dan kakitangan  bekerja dengan penuh keikhlasan  dan sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran dalam dunia pendidikan. Selsesai sahaja ucapan, beliau telah mengetuai lafaz ikrar hari guru.
Majlis tersebut diserikan dengan persembahan Koir yang dipimpin oleh En Zamani bin Omar. Pasukan koir ini terdiri daripada pensyarah KMPP. Mereka telah menyanyikan tiga buah lagu iaitu, ‘Kami guru Malaysia’, ‘Kau Ilhamku’ dan ‘Terukir di Bintang’. Kemuncak majlis tersebut ialah penyampaian anugerah-anugerah oleh Pengarah KMPP kepada warga KMPP. Antara anugerah itu ialah Anugerah Kehadiran Penuh, Anugerah R&D, Anugerah KIK, Anugerah Felo Pilihan, Anugerah Perkongsian Idea secara sukarela dan Anugerah Khas. Pada majlis tersebut Pn. Faizah Bt. Ibrahim dan En. Abdul Harith B. Hassan daripada Unit Sains Komputer telah mendapat tempat pertama dalam Anugerah R&D. Anugerah Khas pula diberikan kepad En Norfizin B. Yusoff Ketua Unit Fizik.
Majlis tersebut berakhir dengan upacara memotong kek hari guru oleh Pengarah KMPP, Timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan.  Para pensyarah dan staf diraikan oleh Kelab Kebajikan dan Sosial Kakitangan KMPP (KEBS) dengan jamuan ringan di dewan al -Farabi. Majlis tersebut diacarakan dengan jayanya oleh En Azizan Bin Saari  dan Pn Siti Nor Latifah binti Darus.

Gambar sekitar program:



Ikrar Hari Guru


Antara barisan Koir Pensyarah sempena hari guru.


Pelajar-pelajar yang berkumpul di Dataran Pelajar sempena masjlis sambutan hari guru.

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 8 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamSAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KMPP 2014
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.