February 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

Written by News Team

PULAU PINANG - Minggu Pengurusan Pelajar Baharu sesi 2014/2015, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang kelolaan Jawatankuasa MPPB sesi 2014/2015 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 – 30 Mei 2014 yang lalu.

MPPB sesi 2014/2015 dimulakan dengan sesi pendaftaran pelajar baharu pada 26 Mei 2014. Sesi ini dijalankan di perpustakaan dan makmal komputer kolej. Taklimat waris telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Ramli bin Din, Pengarah KMPP pada pukul 10.00 pagi. Dalam sesi taklimat ini, para waris didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang KMPP dan program matrikulasi. Gerai-gerai jualan juga disediakan untuk memudahkan para waris membeli pelbagai keperluan anak mereka.

Antara program yang dilaksanakan sepanjang MPPB ialah program mentor mentee. ‘Matrik Dihatiku’, ‘Pengurusan Masa dan Kewangan’ dan ‘Pembelajaran Abad ke –21’ adalah antara tajuk-tajuk pengisian dalam program ini. Selain itu, pelbagai sesi taklimat diberikan kepada para pelajar baharu seperti Taklimat Akademik dan Peperiksaan, Taklimat Pertukaran Jurusan, dan Taklimat Keselamatan. Program-program ini dilaksanakan adalah untuk memudahkan para pelajar menyesuaikan diri dengan budaya hidup dan budaya pembelajaran di matrikulasi.

MPPB sesi 2014/2015 ditutup dengan gilang-gemilang di Dewan Melenium pada 29 Mei 2014. Perasmian penutup ini telah disempurnakan oleh Profesor Dato’ Omar bin Osman, Naib Canselor USM. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa bangga dengan pencapaian KMPP dan mengalu-alukan para pelajar KMPP menjadi warga USM selepas tamat pengajian nanti.


Aktiviti Senam Robik di Dataran Pelajar


Ikrar Pelajar


Majlis Perasmian Penutup di Dewan Milenium, Kepala Batas.

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 16 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamMINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU 2014/2015 KMPP
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.