February 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

Written by News Team

PULAU PINANG, 9 April -  Satu Perhimpunan Khas Pelajar telah diadakan sebagai penutupan sesi  akademik 2013/2014 di Dataran Pelajar, KMPP bermula pada jam  8.00 pagi yang dihadiri oleh barisan pentadbir, para pensyarah dan staf sokongan kolej.

Acara utama perhimpunan itu adalah untuk memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapat tempat dalam pertandingan Karnival Sains 2014, Pertandingan Debat Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan antara  Institusi  Pendidikan Tertiari 2014, Pertandingan IDEAL 2014, Kejohanan Catur Terbuka Kedah, Pertandingan SUKIPT 2014 dan Anugerah Pinjaman Terbanyak 2013/2014 daripada Perpustakaan KMPP.

Pada peringkat kebangsaan, beberapa orang pelajar  telah mengharumkan nama KMPP dengan menggondol beberapa hadiah utama. Dalam Pertandingan Debat Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan antara  Institusi  Pendidikan Tertiari 2014 yang berlangsung di UNITEN, Bangi, Mirza Hakim bin Yusri, Seshugan Rao A/L Sampasiva Rao, Intan Nor Nadhiah binti Nor Azam dan Nur Farah Alyaa binti Zakaria telah dinobatkan sebagai naib johan keseluruhan. SUKIPT 2014 yang berlangsung di UiTM Shah Alam pula membawa tuah kepada 2 orang pelajar kolej iaitu Kang Chern Lynn dan Barath A/L Paramasivan.  Kang Chern Lynn telah membawa pulang pingat gangsa dalam acara 200m kuak dada manakala Barath A/L Paramasivan pula memenangi pingat gangsa bagi acara karate do kategori 67 kilogram. Dalam Kejohanan Catur Terbuka Kedah 2014, Saw Kai Jie telah mengharumkan nama kolej setelah meraih 2 hadiah utama iaitu tempat pertama individu dan ketiga berkumpulan.

Karnival Sains 2014 dan Pertandingan IDEAL 2014 yang dianjurkan pada peringkat kolej mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pelajar. Antara pertandingan yang dijalankan sempena Karnival Sains 2014 ialah ‘Chem Race’, ‘60’s Video Challenge’ , ‘Plan Lanskap Taman Herba’ serta ‘i-DICA’ manakala antara acara yang dipertandingkan dalam Pertandingan IDEAL 2014 ialah ‘Public Speaking’ yang dimenangi oleh Dehlicia Nair A/P Ravi Narayanan  dari H1P6 dan ‘Matriculation Idol’ yang dimenangi oleh Nurul Husna Aini bt Mohd Fauzi dari A2P5.

Pihak perpustakaan KMPP pula berbesar hati memberikan anugerah kepada para pelajar yang meminjam buku terbanyak sepanjang sesi 2013/2014. Tempat pertama disandang oleh Suphorn A/P Nai Phithak dengan 33 buah buku. Nor Adilla Sahirah binti Nordin pula mendapat tempat kedua dengan 30 buah buku manakala tempat ketiga menjadi milik Nur Atikah binti Mohamed Abbu Bakar dengan 29 buah buku.

Perhimpuan khas itu diakhiri dengan ucapan oleh Pengarah KMPP,Tuan Haji Ramli bin Din, diikuti dengan sesi taklimat peperiksaan oleh Penolong Pengarah Peperiksaan, En. Muhammad Hafiz bin Kamilin. Tuan Pengarah memberikan kata-kata semangat dan harapan kepada para pelajar manakala En. Hafiz mengingatkan pelajar tentang prosedur-prosedur peperiksaan dan turut memberikan nasihat sebagai panduan kepada semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PSPM II pada 21 – 29 April 2014 nanti.

Moga kejayaan menjadi milik semua.

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 29 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamKEJAYAAN & HARAPAN MELABUHKAN TIRAI SESI AKADEMIK 2013/2014
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.