March 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

Written by News Team


Satu gempa  malam penutup ‘English Month’ bergelar ‘Starry, Starry Night’  berukuran 10.0 di skala Unit Bahasa Inggeris telah menggemparkan KMPP pada 15 Mac 2014 bertempat di Dewan-al-Farabi.  Ia telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Shabudin bin Yahaya,iaitu ahli Parlimen Tasik Gelugor dan diserikan lagi dengan kehadiran pelawak serta pelakon yang tidak asing lagi iaitu Harith Iskander serta wakil yang diundang khas dari akhbar The Star.  Gegaran dapat dirasakan di seluruh kolej dan berlangsung selama 2 jam.  Walaubagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan, cuma kegembiraan dan keseronokan bertakhta di hati para hadirin.

Malam tersebut merupakan kemuncak acara bulan Bahasa Inggeris yang telah berlangsung dari  15  Februari hingga 15 Mac 2014 dan dipenuhi pelbagai aktiviti  berbentuk pertandingan yang menarik seperti KMPP ‘Got Talent’, ‘Public Speaking’, ‘Scrabble’, ‘Scavenger Hunt’, ‘Creative Design’, ‘Choir’, ‘KMPP Inventor’, ‘Spelling Bee’ dan ‘Stand Up Comedy’ dengan tujuan membolehkan para pelajar KMPP meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris melalui aktiviti yang menyeronokkan.
Bulan Bahasa Inggeris ini merupakan cetusan minda  Ketua Unit Bahasa Inggeris iaitu Encik Mohd. Shafiq Syazwan bin Mohd. Ashri dan  idea ini telah direalisasikan melalui penggembelingan tenaga ahli-ahli Kelab Bahasa Inggeris KMPP (PMC English Language Club) dengan bimbingan para pensyarah Bahasa Inggeris.
Malam yang penuh pelbagai cetera ini telah mendapat sambutan hangat daripada pelajar KMPP, para pensyarah dan staf serta keluarga mereka.  Ia juga berjaya menarik perhatian para pensyarah dari unit-unit lain di KMPP.  Para pemenang setiap aktiviti telah  mempersembahkan hasil karya masing-masing.  Seribu bintang bergemerlapan melalui persembahan-persembahan yang menarik yang berjaya memukau setiap hadirin.  
Malam penutup ini juga merupakan aktiviti serampang tiga mata kerana pada malam tersebut juga telah berlangsung upacara penyampaian hadiah  bagi program PPSMI  ‘Star Begets Star’ yang dianjurkan oleh Unit Bahasa Inggeris dengan kerjasama Unit Sains dan Unit Matematik KMPP.  Tujuan program ini ialah untuk memupuk silaturrahim dan kerjasama antara pensyarah Bahasa Inggeris yang telah memainkan peranan sebagai mentor dan pensyarah Sains dan Matematik yang telah menjadi menti.  Program ini telah dianjurkan dalam bentuk pertandingan dan pasangan yang berjaya menjadi juara ‘Star Begets Star’  pada tahun ini ialah saudara Noorhisam Samsuddin sebagai Menti terbaik dari Unit Kimia dan saudara Norrizal bin Abdul Razak sebagai Mentor terbaik unit bahasa Inggeris.  Pasangan ini telah menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.  Seterusnya malam ini juga menyaksikan persembahan kumpulan sketsa muzik KMPP yang akan menyertai pertandingan IDEAL di Port Dickson, Negeri Sembilan sebagai wakil KMPP.
Semoga bintang-bintang ini akan muncul semula di langit KMPP pada tahun hadapan dengan gegaran yang lebih hebat.


Ucapan daripada Tuan Haji Ramli bin Din, Pengarah KMPP


Persembahan Koir semasa malam penutup Bulan Bahasa Inggeris

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 19 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamGEMPA ‘ENGLISH MONTH’ MENGGEGARKAN BUMI KMPP
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.