April 2021
M T W T F S S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

hebahanJurusanSains

#matrikulasidihatiku
#matrik1stchoice

 

 


Sumbangan ikhlas tuan/puan amat dialukan.

Written by News Team

Larian KAKOM 2013 bagi seluruh kolej matrikulasi telah berlangsung pada hari Sabtu, 17 Ogos 2013. Di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, perasmian program ini berlangsung di Astaka dan disambut secara sederhana namun meriah dengan kehadiran dan sokongan semua pihak termasuk pelajar, staf pentadbiran serta staf akademik.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Pulau Pinang dan KMPP pada jam 8.15 pagi sebaik sahaja ketibaan Tuan Pengarah, Timbalan Pengarah serta Ketua-ketua Jabatan, diikuti dengan bacaan doa.

Selesai sahaja bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Pengarah bagi merasmikan acara Larian KAKOM 2013 serta penyerahan bendera kepada Ketua Kontijen.

Majlis dimeriahkan lagi dengan acara senamrobik yang disertai oleh semua pelajar dan staf KMPP. Sebelum para pelajar dilepaskan untuk acara larian, mereka diberikan taklimat keselamatan Larian KAKOM oleh pegawai KAKOM KMPP. Majlis pada hari tersebut diakhiri dengan jamuan ringan.

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 41 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamLarian KAKOM 2013
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.