Latarbelakang KMPP

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang terbina di atas kawasan seluas 85 ekar di Pongsu Seribu, Kepala Batas dalam daerah Seberang Perai Utara. Ia merupakan antara 5 buah Kolej Matrikulasi terawal yang didirikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyediakan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPTA tempatan dan luar negara. Kolej ini mula beroperasi pada 1 Januari 2000 dan mampu menampung sehingga 3000 orang pelajar. Kolej ini terletak berhampiran dengan pusat pentadbiran bandar Kepala Batas yang sedang pesat membangun dan dikelilingi oleh bandar-bandar besar seperti Sungai Petani dan Butterworth.
 
KMPP penjana pelajar cemerlang dan berpersonaliti unggul.
 
Membangunkan modal insan melalui pendidikan berkualiti dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dalam mendepani cabaran.
 
Menjadikan KMPP sebuah institusi pra pengajian tinggi yang berdaya saing dan berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang berketrampilan dari segi sahsiah dan intelek sebagai pemangkin kecemerlangan negara.
 
  • Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bersahsiah terpuji dan mempunyai kepimpinan yang tinggi.
  • Melahirkan pelajar yang berkeupayaan memperkembangkan serta mengubah suai kemahiran selaras dengan perkembangan baru dalam bidang ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang IT.

  • Melahirkan pelajar yang berdaya saing dan mempunyai ketahanan diri untuk memacu wawasan Negara.

  • Membantu mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran masyarakat dan Negara.

  • Menyumbang dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kreatif, kritis dan konstruktif pada pelajar.
 
Kami Warga Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Dengan Penuh Tekad dan IltizamBerikrar dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga dan Usaha Kami Untuk:

Memastikan setiap pelajar mendapat bilik asrama yang lengkap, bersih dan selamat didiami selepas sahaja selesai mendaftar sebagai pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Menentukan supaya jadual waktu dan sukatan pelajaran disampaikan kepada setiap pelajar  pada akhir sesi orientasi supaya pengajaran dan pembelajaran boleh bermula mengikut tarikh sesi pengajian.

Memastikan dewan kuliah, bilik tutoran, makmal, perpustakaan dan perkakasan bahan bantu mengajar mencukupi dan berada dalam keadaan sempurna setiap kali ia perlu digunakan.

Memastikan kemudahan kokurikulum dan rekreasi pelajar berada dalam keadaan sempurna dan selamat setiap kali ia perlu digunakan.

Mengurus dan menyelesaikan semua masalah pelaksanaan peperiksaan supaya setiap pelajar dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan tenang dan selesa.

Mengurus perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi perlantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan urusan berkenaan.

Memastikan supaya semua pelawat yang berkunjung ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang diberi layanan dalam tempoh lima belas minit.

Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik

 
Mari Bersama Kita Berusaha

Penuhi Cita Hasrat Negara
Tekun Berusaha Sepanjang Masa
Hadapi Cabaran Sentiasa

KMPP Tetap Gemilang
KMPP Cemerlang
Kualiti Mesra Dan Progresif
Itu Jadi Amalan

Pelajar Bestari
Pendidik Dikagumi
Insan Berhemah Tinggi
Junjung Budi Wawasan Pertiwi

 
Ya Tuhan kami

Rahmatilah semua warga KMPP

Kami bersyukur padaMu

Atas kesejahteraan kolej kami

Diatas cinta dan keakraban yang menyatukan kami

Diatas kedamaian yang Engkau berikan dalam kehidupan harian kami

Diatas harapan yang kami nantikan diesok hari

Diatas kesihatan ,amanah dan rezeki

Diatas kebiruan langit dan kehijauan bumi

Yang menjadikan segala keceriaan hidup kami

Diatas kasih ibu-bapa dan guru-guru kami

Syukur ,ya Tuhan kami

Atas detik-detik lalu bersama  mereka

Mereka yang masih bersama dan yang telah kembali kepadamu

Semoga terpancar kasih sepertinya,tumbuh segar dihati kami

Untuk Negara dan kolej kami

Aamiin.

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account