Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat.
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) telah mengambil bahagian dalam pertandingan Intelligent Design Innovative and Creative (i-DICA) 2013 yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mac 2013 di Glory Beach Resort Port Dickson. KMPP diwakili oleh 11 orang pensyarah dan 19 orang pelajar yang diketuai oleh En. Nassry Asmady Bin Abu Bakar pensyarah Kimia.
Pertandingan tersebut melibatkan semua kolej matrikulasi di Malaysia. Pelajar KMPP telah mengambil bahagian dalam acara Kreativiti dan Inovasi Sains, Inovasi Usahawan Muda, Musical Sketch, Dokumentasi Penghayatan Nilai dan Jati Diri, Rekacipta Montaj, Pra Olimpiad Matematik dan Pn Faezah Bt Ibrahim pensyarah Sains Komputer mengambil bahagian dalam acara Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Majlis Perasmian dilakukan oleh Dr Baiduriah binti Yaakub Timbalan Pengarah Bahagian Matrikulasi dan Majlis perasmian penutupan dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Wan Khazanah Binti Ismail Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam pertandingan tersebut KMPP menjadi naib Johan Dalam katogeri Dokumentasi Penghayatan Nilai dan Jati Diri. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
We have 13 guests and no members online
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |