Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat.
Para pelajar matrikulasi seluruh negara sedang menghadapi UPS(II) dari 29 Januari - 31 Januari 2013. Di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, UPS(II) telah berjalan dengan lancar pada hari pertama tanpa sebarang masalah. Pihak pengurusan peperiksaan dan pengawas peperiksaan telah menjalankan tugas dengan jayanya. Manakala para pelajar kelihatan tenang dan bersedia di dalam menghadapi situasi ini. Bagi pihak kolej, UPS(II) kali ini melakar sejarah kerana buat pertama kalinya peperiksaan turut dijalankan di Bangunan Serbaguna iaitu bangunan yang baru sahaja siap untuk diduduki. Semoga pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang akan mendapat keputusan yang cemerlang untuk UPS(II) kali ini.
We have 16 guests and no members online
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |