March 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

Written by News Team

KMPP melakar sejarah kali kedua dengan penyertaan Kumpulan Gegas KMPP ke Pertandingan Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Bertemakan “Mengungguli Modal Insan : Mencerna Kreativiti Mencetus Inovasi”, konvensyen telah berlangsung dari 29 Oktober hingga 1 November 2012 di The Royale Bintang Hotel, Seremban, Negeri  Sembilan.

Ini adalah kejayaan kali kedua KMPP mewakili BMKPM ke konvensyen KIK peringkat kebangsaan. Kumpulan Gegas KMPP terdiri daripada 9 orang ahli bersilang fungsi dan dibimbing oleh seorang fasilitator iaitu Puan Hajjah Norlin Ainun Bt Haji Mokhtar. Gegas KMPP membawa tajuk Kos Pembaikan Pintu Pecah Yang Tinggi. Pada 8 Mei 2012, kumpulan telah menyertai Mini Konvensyen ICC Wilayah Utara dan telah meraih anugerah ‘Perak’. Pada konvensyen kali ini, Gegas KMPP berjaya meraih anugerah ‘2 Bintang’.
Rentetan daripada kejayaan kumpulan CK-JSI dan Gegas KMPP, jawatankuasa induk KIK telah menerima maklumbalas positif untuk penyertaan kumpulan baru. Semoga kumpulan-kumpulan baru KIK dapat meneruskan budaya inovasi dan mewakili BMKPM ke konvensyen KIK peringkat kebangsaan.
Sekalung tahniah dan penghargaan buat semua ahli kumpulan Gegas KMPP.

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 31 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamKumpulan Gegas KMPP ke Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif KPM
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.