March 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

Written by News Team

 

Tanggal 23hb Oktober 2012 merupakan hari terakhir Tuan Haji Khairi Jalun bertugas sebagai Pengarah KMPP. Dimbas kembali, beliau mula  berkhidmat di KMPP sebagai Ketua Jabatan Sains pada Julai 2000. Kemudian telah dilantik secara pinjaman sebagai Ketua Bahagian Program Latihan SEAMEO Recsam bermula November 2006. Pada Mei 2007, beliau kembali ke KMPP sebagai Timbalan Pengarah.  Tiga bulan berikutnya secara rasmi beliau dilantik sebagai Pengarah KMPP pada 21 Ogos 2007. Sebagai peneraju KMPP yang ke lima, Tuan Haji Khairi bin Jalun telah berjaya meneruskan  legasi kecemerlangan KMPP yang telah dipelopori oleh pengarah-pengarah terdahulu sejak KMPP mula beroperasi pada Januari 2000.

Majlis tanda kasih warga KMPP bagi meraikan persaraan Tuan Haji Khairi bin Jalun terdapat dalam empat acara berasingan. Dimulakan dengan Perhimpunan Pelajar Sempena Persaraan Pengarah pada pagi 23 Oktober 2012. Diikuti dengan kunjungan mesra Tuan Pengarah ke unit-unit. Manakala disebelah petangnya, para staf menyaksikan Tuan Pengarah merakamkan kad perakam waktu buat kali terakhir sebagai penjawat awam. 

Acara kemuncaknya, Tuan Haji Khairi bersama isteri dan bonda serta anakanda tersayang dirai dalam satu Majlis Tautan Kasih Menjunjung Budi di Kelab Cinta Sayang Sungai Petani pada 24 Oktober 2012. Majlis yang dihadiri oleh hampir semua kakitangan KMPP ini dimeriahkan dengan persembahan multimedia serta nyanyian selingan oleh Tuan Haji Khairi sendiri. Benar bagai dikata " Tuai padi antara nampak, esok jangan layu-layuan, intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan'. Selamat bersara Tuan Haji Khairi bin Jalun. Didoakan tuan sentiasa dirahmati Allah.

 

Tuan Haji Khairi menerima cenderahati iPhone4S Apple Macbook Pro daripada wakil pelajar
Barisan para pelajar bersalaman dengan Tuan Haji Khairi bin Jalun
Antara unit yang dikunjungi oleh Tuan Haji Khairi di hari terakhir beliau bertugas.

 

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 29 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamSelamat Bersara Tuan Haji Khairi b.Jalun
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.