March 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

Written by News Team

Pada 10 hingga 12 Oktober yang lalu, telah berlangsung Karnival Pendidikan Kerjaya 2012 peringkat kolej. Moto pada tahun ini ialah “Sains & Teknologi Teras Budaya Kerjaya Inovatif”.  Perasmian karnival pada tahun ini telah diadakan pada 10 Oktober 2012, jam 3.00 petang oleh Pengarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Tn. Hj.Khairi b. Jalun.

Sepanjang tiga hari itu, pelbagai acara telah berlangsung antaranya ialah pameran dan ceramah. Beberapa buah sekolah menengah dan rendah di sekitar kawasan ini juga telah dijemput untuk memeriahkan lagi karnival tersebut. Sebanyak 16 buah universiti telah mengambil bahagian dalam pameran yang bertempat di Dewan Al-Farabi Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.  Selain itu, 24 buah universiti  turut memberikan kerjasama dengan mengadakan ceramah berkaitan fakulti masing-masing dan kursus yang ditawarkan kepada para pelajar yang berminat. Ceramah-ceramah tersebut diadakan di semua dewan kuliah pada jam 5 petang sehingga 7 petang dan satu sesi lagi bermula jam 8.00 malam sehingga 10 malam.

Semoga karnival yang dilaksanakan ini berjaya mencapai objektifnya. Selain itu, diharapkan semua pihak terutama pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang telah mendapat informasi-informasi penting dan terkini untuk dijadikan rujukan mereka kelak sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Khairi bin Jalun.
Antara tetamu-tetamu jemputan yang mewakili universiti masing-masing.
Gimik perasmian pada tahun ini.
Penyampaian cenderamata kepada wakil-wakil universiti yang mengambil bahagian dalam pameran di Dewan Al-Farabi, KMPP.
Antara universiti yang mengadakan pameran.
Para pelajar mendapatkan maklumat di salah sebuah gerai pameran
Kunjungan daripada pelajar-pelajar sekolah menengah sebagai tetamu jemputan

 

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 18 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamKarnival Pendidikan Kerjaya 2012
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.