PENGUMUMAN UNTUK BEKAS PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI
“TUNTUTAN BAYARAN BALIK GANTI RUGI YANG TELAH DIBAYAR KERANA MENINGGALKAN KURSUS SEBELUM SEMPURNANYA KURSUS”
KEPALA BATAS, 14 Mei 2022 – Majlis Apresiasi PSPM I Sesi 2021/2022 peringkat kolej diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan mereka dalam peperiksaan semester satu yang lalu. Seramai 712 orang pelajar KMPP yang memperolehi PNGS 4.0 iaitu 571 orang pelajar dari Sistem Dua Semester (SDS) dan 141 orang pelajar dari Sistem Empat Semester (SES). Namun begitu hanya pelajar SDS dapat diraikan dalam majlis tersebut secara bersemuka kerana pelajar SES masih mengikuti sesi pembelajaran secara PDPR. Satu pautan khas menerusi aplikasi Youtube disediakan kepada pelajar SES yang memperolehi PNGS 4.0.
Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah KMPP, Tuan Haji Suhaimi bin Saidin. Majlis yang diadakan di Dewan Al-Farabi KMPP itu , turut boleh ditonton secara dalam talian menerusi saluran Youtube KMPP.
Pautan Khas untuk pelajar PNGS 4.0 SES: https://youtu.be/g48opG6Ignw
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |