PENGUMUMAN UNTUK BEKAS PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI
“TUNTUTAN BAYARAN BALIK GANTI RUGI YANG TELAH DIBAYAR KERANA MENINGGALKAN KURSUS SEBELUM SEMPURNANYA KURSUS”
KEPALA BATAS, 17 FEBRUARI 2022 – Bertunjangkan hasrat “Semarakkan Budaya R&D KMPP.” Jawatankuasa R&D, KMPP telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan Kajian Asas dan Kajian Tindakan secara atas talian.
Ketua Jabatan Sains, Tuan Haji Noorhisam Bin Samsuddin telah memberikan ucapan penutupan bengkel ini. Dalam ucapan penutupan, beliau telah menyampaikan harapan pihak pengurusan agar R&D KMPP dapat memperkasakan kecemerlangan.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada pensyarah berkenaan konsep dan kaedah pelaksanaan kajian asas dan kajian tindakan serta langkah penyediaan proposal bagi bakal kajian yang akan dijalankan. Malahan dapat memperhebatkan aktiviti kesarjanaan serta dapat meningkatkan profesionalisme pendidik dalam bidang Pendidikan. Dua orang pensyarah kanan KMPP, Dr Salwati Yaakub dan Dr Asiahwati Bt Awi telah dijemput sebagai penceramah bengkel ini dan 65 orang pensyarah dari pelbagai unit telah menyertai bengkel ini.
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |