July 2022
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

PENGUMUMAN UNTUK BEKAS PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI

“TUNTUTAN BAYARAN BALIK GANTI RUGI YANG TELAH DIBAYAR KERANA MENINGGALKAN KURSUS SEBELUM SEMPURNANYA KURSUS” 

Klik untuk maklumat lanjut

 

Written by News Team

KEPALA BATAS, 24 Oktober 2021  – Karnival STEM Matrikulasi (MASCAR 2021) telah berlangsung secara dalam talian pada 22-24 Oktober 2021 yang dianjurkan oleh Bahagian Matrikulasi bersama Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Tema bagi MASCAR 2021 adalah“REINVENTING OUR FUTURE THROUGH STEM”. Penganjuran Karnival STEM Matrikulasi ini dilihat sebagai suatu mangkin dan wadah dalam menyebarluas hasil inovasi berteraskan STEM, Astronomi dan Teknologi Hijau bagi memupuk kelestarian sains dalam kalangan warga matrikulasi dan masyarakat. Akhirnya, melalui penekanan kepada Pendidikan STEM ianya mampu untuk  melahirkan pelajar yang boleh berfikir pada aras tinggi, kreatif dan inovatif, negara dapat menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, kreatif dan inovatif yang mampu melonjakkan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan produktif.

Sebanyak 4 buah pertandingan peringkat kebangsaan telah dipertandingkan dan melibatkan pelajar-pelajar di seluruh Malaysia semasa berlangsungnya Karnival STEM Matrikulasi (MASCAR 2021) tersebut . Peserta karnival ini terdiri daripada 17 buah kolej matrikulasi KPM dan kolej mara. Pertandingan tersebut adalah:

1. Pertandingan Rekacipta Inovasi Teknologi Hijau.

2. Pertandingan Rekacipta Model Rover Planet Marikh.

3. Pertandingan Do It Your Science(DIY).

4. Pertandingan e-Quizzery MASCAR.

 

Karnival STEM Matrikulasi (MASCAR 2021) dilihat berjaya menjadi platform bagi menyebarluas pengetahuan sains dalam skala yang lebih besar menerusi konteks pemahaman dan pengaplikasian sains yang lebih bermakna.Pelbagai penciptaan baharu dapat dihasilkan menerusi penerokaan STEM, tanpa melupakan aspek akal budi yang juga teras ketamadunan bangsa.

Gambar sekitar Majlis Penutup MASCAR 2021 pada 24 Oktober 2021

 

 

 

Jom Pakat Mai Matrik Penang

Carian

We have 22 guests and no members online

Pautan Pantas

You are here:   HomenewsteamMASCAR 2021
| + -

 

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.