PENGUMUMAN UNTUK BEKAS PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI
“TUNTUTAN BAYARAN BALIK GANTI RUGI YANG TELAH DIBAYAR KERANA MENINGGALKAN KURSUS SEBELUM SEMPURNANYA KURSUS”
KEPALA BATAS, 14 OKTOBER 2021 - Majlis Konvensyen Penyelidikan, PLC dan Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi KPM Kali Pertama Tahun 2021 (KonPPI-1 2021) dianjurkan oleh Bahagian Matrikulasi bersama Kolej Matrikulasi Selangor. Majlis dalam talian mengambil tempoh 3 hari iaitu bermula 12 – 14 Oktober 2021. Sebanyak 28 kumpulan dari KMPP yang layak bertanding diperingkat akhir untuk bersaing dengan penyertaan dari kolej matrikulasi seluruh malaysia, Kolej Mara dan Institut Pendidikan Guru. Wakil KMPP yang terlibat terdiri daripada 16 penyertaan yang membentang kertas kajian (RND), 5 Kumpulan membentangkan hasilan projek Kumpulan kreatif inovasi dan kreatif (KIK), 6 Kumpulan membentangkan projek inovasi dan wakil tunggal KMPP dalam pembentangan Profesional Learning Communities (PLC). Lanjutan daripada itu, di Majlis penutup dan pengumuman pemenang konPPI-1 2021, wakil penyertaan KMPP bagi kategori PLC diumumkan mendapat anugerah tempat ke-4 dan 2 hadiah saguhati dari kategori inovasi dan KIK. Tahniah atas penyertaan serta kejayaan yang diperolehi oleh semua wakil KMPP.
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |