August 2022
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

PENGUMUMAN UNTUK BEKAS PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI

“TUNTUTAN BAYARAN BALIK GANTI RUGI YANG TELAH DIBAYAR KERANA MENINGGALKAN KURSUS SEBELUM SEMPURNANYA KURSUS” 

Klik untuk maklumat lanjut

 

Written by News Team

KEPALA BATAS, 13 Feb 2020 - Hari ini KMPP telah melakar sejarah yang sungguh bermakna kerana setelah 20 tahun beroperasi,  telah berlangsung Majlis Perasmian Sambutan 2 Dekad Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.Majlis ini akan berlangsung mulai bulan Februari 2020 sehingga Julai 2020 bertemakan Inspirasi Kecemerlangan.

Majlis perasmian dimulakan dengan persembahan silat dan tarian tradisional bagi menyambut kedatangan Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan KMPP. Di dalam ucapan perasmian, Tuan  Pengarah KMPP, Tn.Hj.Rozaini bin Ahmad merasa amat berbangga kerana telah menjadi pengarah yang berpeluang untuk menyambut ulang tahun ke-20 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Tuan pengarah turut mengimbau kembali tujuan utama penubuhan program Matrikulasi pada bualan Mac 1998, adalah untuk memenuhi keperluan tenaga-tenaga professional kritikal negara dan tujuan itu masih lagi relevan sehingga hari ini. Keutamaan telah diberikan kepada golongan berpendapatan rendah agar anak-anak mereka berpeluang untuk memegang jawatan-jawatan professional di dalam negara.

KMPP telah melahirkan lebih 50,000 orang pelajar yang kebanyakannya telah memegang jawatan-jawatan yang baik di dalam negara kita. Pelajar-pelajar diseru supaya sentiasa mengenang tempat menimba ilmu dan guru-guru yang mengajar mereka. Jika berpeluang, datanglah melawat KMPP dan pensyarah-pensyarah di sini. Tuan Pengarah telah melepaskan belon sebagai tanda simbolik bermulanya Sambutan 2 Dekad KMPP. Beserta Ketua Jabatan, Tuan Pengarah telah menandatangani banner Sambutan 2 Dekad KMPP sambil diiringi petikan gitar elektronik pelajar-pelajar KMPP. Majlis telah diakhiri dengan nyanyian lagu tema Sambutan 2 Dekad KMPP oleh 3 orang  pelajar dan persembahan tarian tradisional Kaum Cina, India dan Melayu.

Video Korporat KMPP

Jom Pakat Mai Matrik Penang

Carian

We have 28 guests and no members online

Pautan Pantas

You are here:   HomeUncategorisedMajlis Perasmian Sambutan 2 Dekad KMPP
| + -

 

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.