Penyerahan Tablet Perantiswa kepada Pelajar KMPP

webPerantiSiswa2

KEPALA BATAS, 7 November 2022- Seramai 655 orang pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang(KMPP)  terlibat dalam Majlis Penyerahan Tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia (PRSIS) di Dewan Al-Farabi KMPP. Majlis yang berlangsung dari jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 3,30 petang itu telah dirasmikan oleh oleh Tuan Suhaimi bin Saidin, Pengarah KMPP.

Dalam satu majlis terdahulu, bertarikh 23 Oktober 2022, seramai 35 orang pelajar KMPP telah menerima PerantiSiswa dalam satu program bersama Ahli Parlimen Kepala Batas, YB Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican. Program tersebut bertempat  di Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad Tasek Gelugor Pulau Pinang.

Jumlah keseluruhan pelajar KMPP yang mendapat manfaat dari pemberian PerantiSiswa adalah 690 orang.

WebPerantiSiswa1
WebPerantiSiswa2
WebPerantiSiswa3
WebPerantiSiswa4

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account