Perhimpunan Staf Januari, 2020

ps1 20
KEPALA BATAS, 9 Jan 2020 - Perhimpunan Staf yang pertama untuk tahun 2020 membuka tirai  dengan amanat dari Pengarah KMPP, Tn.Hj.Rozaini b. Ahmad. Tuan Pengarah menyeru semua staf untuk mengembeling tenaga bagi melonjakkan lagi kecemerlangan KMPP ke tahap yang lebih tinggi untuk tahun 2020. Warga pendidik yang profesional akan mempraktikkan nilai-nilai dan amalan yang murni, sentiasa kaya hati dan cintakan organisasi mereka. Pendidik perlu fokus dan memberi tumpuan yang sewajarnya kepada semua pelajar. Tuan Pengarah juga turut menyampaikan sijil-sijil penghargaan di atas kejayaan dan kecemerlangan KMPP di dalam PSPM1 yang lalu kepada semua jabatan dan unit yang terlibat. Penghargaan turut juga disampaikan kepada wakil-wakil kumpulan inovasi yang telah memperoleh anugerah Emas dan Perak di Pertandingan MyInovasi KMP 4.0, #3P INOVATIF 2019 Zon Utara.

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account