Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Hari Guru & Jururawat BIMB 2020

hadiahbimb
KEPALA BATAS, 15 DISEMBER 2020- Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Hari Guru dan Jururawat BIMB  2020 anjuran Bank Islam Malaysia Berhad telah dilangsungkan di Dewan Al-Farabi KMPP. Penyerahan Mocked Keys Kereta Honda Jazz 1.5S kepada guru yang bertuah sempena Kempen ini telah disampaikan oleh Encik Ahmad Fauzi b. Mohd Akhir , Regional Manager Bank Islam Malaysia dengan diiringi oleh Tn. Hj. Rozaini bin Ahmad, Pengarah KMPP. Pemenang hadiah utama ini telah disandang oleh Encik Wan Zarimi bin Wan Ismail,  pensyarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

  Selain itu Bank Islam turut menghadiahkan wang tunai  RM10,000 yang kemudian diinfakkan ke Sekolah yang dipilih oleh pemenang utama kempen ini.  Justeru itu penyerahan mocked check bernilai RM10,000 oleh En. Saiful Bahtiar bin Ali, State Consumer Manager BIMB Pulau Pinang kepada wakil sekolah iaitu Ustaz Abdul Rahman bin Muhamad, Pengetua SM Agama Daeratul Maarifil Wataniah, Kepala Batas.Turut memeriahkan majlis, 3 buah hamper disediakan untuk sesi cabutan bertuah kepada  para hadirin, diikuti dengan sesi bergambar dan sedikit jamuan tengahari di Dewan Seri Mutiara.

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account