Bengkel Pecutan 2.0 Semester 1 Sesi 2020/2021

bengkelpecutan 2

KEPALA BATAS , 21 DISEMBER 2020- JK Program Kecemerlangan Akademik (PKA) SDS dan SES Kolej Matrikulasi Pulau Pinang telah menganjurkan Bengkel Pecutan 2.0 KMPP yang dijalankan sepanjang minggu 17 dan minggu 18 PdP iaitu daripada 7 hingga 20 Disember 2020. Bengkel ini merupakan acara tahunan setiap kali tiba di hujung semester. Tujuan bengkel ini dijalankan adalah sebagai persediaan kepada pelajar untuk menghadapi PSPM1 dimana pelajar diberi pendedahan kepada pelbagai bentuk soalan dan teknik menjawab soalan peperiksaan PSPM.

Bengkel ini terbahagi kepada dua aktiviti utama iaitu e-Revision dan e-Test. Pelaksanaan bengkel ini telah mendapat kerjasama daripada unit-unit akademik kursus teras seperti Unit Biologi, Fizik, Kimia, Ekonomi, Matematik, Pengurusan Perniagaan, Perakaunan dan Sains Komputer. Bengkel ini turut dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah yang berpengalaman daripada setiap kursus.

Perjalanan bengkel pada kali ini dijalankan sepenuhnya secara dalam talian memandangkan pelajar tidak berada di KMPP akibat pandemik Covid 19 yang melanda seluruh negara. Pelbagai platform dalam talian digunakan oleh para pensyarah antaranya ialah YouTube Live, Google Meet, Microsoft Teams dan Google Classroom.

Pelaksanaan bengkel ini juga diharapkan dapat memberi impak yang berkesan kepada pelajar dalam memastikan pelajar lebih bersedia untuk menghadapi PSPM1 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Semoga usaha daripada para pensyarah dan pelajar membolehkan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang meneruskan kecemerlangan dalam PSPM semester 1 sesi 2020/2021. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP).

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account