Anugerah Kecemerlangan Akademik

anugerahkecemerlanganpka

KEPALA BATAS, 8 Januari 2021- Jawatankuasa Tabung Amanah Agihan Zakat KMPP bersama dengan Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik KMPP telah menganjurkan satu Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi meraikan para pelajar Sistem Empat Semester (SES) yang berjaya memperolehi keputusan 4.0 pada sidang 2019/2020 yang lalu. Majlis ini diadakan pada pukul 3.00 petang di bilik seminar KMPP dan dirasmikan oleh Pengarah KMPP, Tn Hj Rozaini b Ahmad. Seramai 19 orang pelajar SES telah diberi penghargaan diatas kecemerlangan akademik yang diperolehi. Majlis ini diharap dapat memberi semangat kepada pelajar KMPP untuk berusaha dengan lebih cemerlang.

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account