Program Imarah Jumaat-Subuh Berjemaah

collageimarahjumaat

KEPALA BATAS, 5 Mac 2021- Program Imarah Jumaat, anjuran Pusat Islam KMPP menjalankan aktiviti Solat Subuh Berjemaah (Sujud Sajadah), Tazkirah Ringkas dan sarapan percuma di Surau Annur KMPP. Program yang diilhamkan daripada bekas Pengarah KMPP, Tuan Haji Rozaini Bin Ahmad ini telah dijalankan  pada setiap hari Jumaat selama 10 minggu pada semester 1 dan ditangguhkan untuk sementara semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun demikian, Program Imarah Jumaat ini telah diterusan semula bermula 5 Mac 2021 dengan menjemput Tuan Haji Rozaini bin Ahmad yang kini memegang jawatan sebagi Pengarah JPN kedah sebagai tetamu jemputan.

Penyelaras program ini, En. Shaiful Zaidi bin Che Ahmad  menegaskan bahawa program ini akan diteruskan pada semester kedua dengan pengisian yang lebih menarik bagi merealisasikan objektif program ini iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi. rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

(sumber berita:Shaiful Zaidi bin Che Ahmad )

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account