Majlis Apresiasi PSPM1

KEPALA BATAS, 10 April 2021 – Majlis Apresiasi PSPM1 telah diadakan di Dewan Al-Farabi, KMPP pada sabtu, 10 April 2021 bagi memberi penghargaan kepada 449 orang pelajar KMPP yang telah menunjukkan prestasi cemerlang iaitu mencapai PNGS 4.0 pada Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 1, Sesi 2020/2021. Majlis apresiasi ini diadakan dalam dua sidang iaitu siding 1 bermula sekitar jam 8.30 pagi dan tamat sidang kedua pada jam 1 tengahari. Majlis berlangsung dengan baik dan meriah disamping turut menitikberatkan penjagaaan Prosedur Operasi Standard (SOP). Dalam majlis ini, Timbalan Pengarah KMPP, Tuan Jamal Mohamad Hashim bin Adenan telah berbesar hati menyampaikan sijil kepada semua penerima anugerah. Turut hadir dalam majlis ini adalah para pensyarah yang merupakan tunjang kepada kecemerlangan para pelajar ini. Besar harapan kolej agar majlis seperti ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk lebih cemerlang di masa akan datang khususnya dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 2 yang akan ditempuh dalam bulan mei ini.

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account