| Kolej
Matrikulasi Pulau Pinang terbina di atas kawasan seluas 85 ekar di Pongsu
Seribu, Kepala Batas dalam daerah Seberang Perai Utara. Ia merupakan antara
5 buah Kolej Matrikulasi terawal yang didirikan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia bagi menyediakan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke
mana-mana IPTA tempatan dan luar negara. Kolej ini mula beroperasi pada
1 Januari 2000 dan mampu menampung sehingga 3000 orang pelajar. Kolej
yang serba canggih ini terletak berhampiran dengan pusat pentadbiran bandar
Kepala Batas yang sedang pesat membangun dan dikelilingi oleh bandar-bandar
besar seperti Sungai Petani dan Butterworth.
Kolej
Matrikulasi Pulau Pinang ditadbir oleh seorang Pengarah dan di bantu oleh
seorang Timbalan Pengarah dan empat orang Ketua Jabatan dan Penolong-penolong
Pengarah. Terdapat seramai 190 orang tenaga pengajar yang dipecahkan mengikut
unit dan setiap unit diketuai oleh seorang Ketua Unit. Di samping itu,
urusan pentadbiran dan pengurusan turut dibantu oleh 72 orang staf sokongan. |